
Sulit
3 tahun
Tapak kaki kanan sakit bahagian depan dan tepi
Sejak beberapa minggu lalu, tapak kaki kanan bahagian depan dan tepi saya selalu berasa sakit apabila berjalan. Kadang kadang sakit mencucuk yang kuat hingga menyebabkan saya sukar berjalan dengan betul. Adakah benar masalah ini dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serious? Mohon penjelasan.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, tapak kaki kanan sakit bahagian depan dan tepi boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan
- Kecederaan kulit sekitar
- Keradangan otot atau sendi
- Gangguan saraf (akibat kencing manis, kekurangan vitamin B12 atau lain)
- Gangguan saluran darah
Gejala ini tidak semestinya tanda masalah kesihatan yang serious, untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.