
Sulit
4 tahun
Tapak tangan membiru
saya wanita berumur 21 tahun nak tanya kenapa setiap kali bangun pagi atau bangun dari tido saya perasan tapak tangan saya belah kiri menjadi warna keungu kebiru biruan macam darah tak jalan tapi belah kanan macam biasa je, sebab apa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cuaca yang terlalu sejuk
- Salur Darah (Artery/ Vein) bermasalah
- Darah Rendah
- Salur Darah sempit, Raynaud’s syndrome
- Darah beku
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hal ini kerana, setiap masalah yang dinyatakan diatas mempunyai gejala berkaitan yang membantu Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.