
Sulit
4 tahun
Tapak tangan panas sehingga terasa pijar
saya berusia 34 tahun, sudah berkahwin dan saya dapati perkara ini terjadi semakin obvious dalam 3-4 tahun kebelakangan.sebelum ini saya tidak endah kerana merasakan perkara ini biasa,dengan andaian kurang minum.tapak tangan akan panas sehingga terasa pijar tetapi tidak berpeluh.juga terjadi bukan dalam tempoh subur ataupun period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah tapak tangan yang panas seperti pijar ini berkemungkinan adalah disebabkan masalah kebas tangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
- Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. - Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius. - Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.