
Sulit
4 tahun
Tekanan darah rendah + anemia
Assalamualaikum… Selamat pagi doktor… Saya siti dari kuantan pahang. Saya ada beberapa soalan…
- Makanan apa lagi yang sesuai dimakan oleh pesakit yang mempunyai masalah tekanan darah rendah + anemia…?
- Saya mengalami masalah batu karang di buah pinggang, selain dari makan ubat yang diberikan utk rawatan, makanan ape lagi yang boleh membantu mengurangkan terjadinya batu karang…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekanan darah rendah tidak perlu penanganan lanjut. Anemia pula adalah keadaan bilamana kandungan haemoglobin dalam darah adalah rendah. Anemia terdapat banyak subkategori yang mana kategori seperti thalassemia tidak boleh diubati dengan pemakanan. Namun, anemia nutrisional seperti iron-deficiency anemia dan vitamin-deficiency anemia boleh dicegah dengan pemakanan seimbang. Silakan untuk masukkan makanan berikut dalam diet anda, iaitu:
- Makanan tinggi zat besi seperti daging lembu, sayuran berdaun hijau gelap, buah kering dan kekacang.
- Vitamin B12 seperti produk tenusu dan daging
- Folic acid seperti jus buah, sayuran berdaun hijau gelap, legumes dan sereal
Merujuk kepada batu karang pula, harus diketahui bahawa tiada makanan yang boleh menghancurkan batu karang yang telah terbentuk. Anda harus merawat ke doktor agar dapat diberikan ubat yang sesuai dengan jenis batu yang terbentuk.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.