Sulit
4 tahun
Tekanan darah rendah atau faktor lain mempengaruhi masalah kesihatan
Sebelum ni saya pernah ke klinik dan mengambil ubat tekanan darah rendah. Tak lama selepas itu saya berhenti pengambilan ubat tersebut disebabkan tekanan darah saya kembali normal. Setiap kali buat pemeriksaan tekanan darah ia juga berada pada tahap normal. Namun, pada sesetengah waktu saya mudah berasa letih dan banyak gunakan masa untuk tidur, mudah tertekan dan naik berat badan. Mungkin ada faktor lain yang mempengaruhi keletihan ini cuma saya tidak pasti yang mana satu misalnya sikap saya yang setiap kali bangun daripada tidur di mana buka sahaja mata terus berdiri tegak dan memulakan aktiviti harian atau disebabkan tekanan yang saya hadapi sekarang ini. Mohon berikan cadangan dan pendapat mengenai masalah saya ini
.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, mudah letih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah:
- Kurang minum
- Kurang tidur
- Kurang istirahat
- Anemia (penyakit kurang darah)
- Kurang makanan berkhasiat
- Kadar gula rendah
- Hipotiroid (Penyakit kelenjar tiroid kurang aktif)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































