Sulit
2 tahun
Telinga berdenyut2 ,,,dan rasa sakit
Saya menggunakan cotton bath ,semalam tiba2 telinga sakit ,bengkak ,saya sdh k klinik jam 5 petang , tpi bgi ubat panadol sahaja,skg saya rasa MSih berdenyut2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dan bengkak telinga ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- external otitis : keradangan telinga luar
- otomycosis : jangkitan kulat
- trauma pada telinga
- gegendang telinga pecah
- contact dermatitis : sejenis keradangan kulit
- chronic suppurative otitis media : akibat jangkitan lama
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.