n.azhari92
2 tahun
Terasa tapak kaki bergetar sepeti ada telefon bimbit dalam kaki
Hi saya seorang lelaki berusia 28 tahun. Saya seorang yang mempunyai berat badan berlebihan. 2-3 hari ni tapak kaki belah kanan saya seperti ada vibration. Macam ada handphone dekat dalam kaki. Buzz buzzz buzzz… saya takde masalah kencing manis melalui pemeriksaan kesihatan yang lalu. Tekanan darah juga terkawal sebab saya ada BP monitor di rumah. Adakah ni sebab posture bdan salah. Untuk pengetahuan Dr. Saya sekarang bekerja di rumah, dan memang akan duduk dalam jngka masa yang lama. Kadang2 saya biarkan je kaki saya ni x bergerak, sampai kebas2 sebab dah jadi habit. Ruang bawah meja pun tiada ruang melunjur kaki yang luas. Adakah ni kesan jangka panjang terhadap habit buruk saya? Bagaimana saya boleh hilangkan getaran ni. Getaran ni x menyakitkan tapi buat saya risau dan fikir bukan2 akibat banyak menggoogle simptom.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah tapak kaki bergetar. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anggota kaki bergetar ini biasanya dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Fisiologi ataupun lebih dikenali sebagai essential tremor
- Postur duduk terlalu lama tanpa berubah posisi
- Ubat-ubatan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Strok
- Penyakit Parkinson
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah)
- Kekurangan elektrolit di dalam badan
- Penyakit seperti hipertiroid
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih