
Sulit
4 tahun
Terkena penyakit scabies
Umur 20 … saya terkena penyakit scabies hampir satu badan … dan saya telah menggunakan losyen scaboma scabies selama 1 minggu berturut2 dan sekarang gatal sudah hilang…tetapi kulit saya jadi kasar dan bila garu sikit dia keluar putih2 seperti menyentuh dinding kapur. Adakah sebab kesan menggunakan losyen ‘scaboma’ tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan ubat sapu untuk scabies ini adalah:
Ruam
Mengantuk
Pening
Kejang
Gatal-gatal
Paresthesia (sensasi kesemutan)
Rasakebas
Gegaran
Berkemungkinan, masalah yang anda alami adalah kulit kering. Namun, ini bukan lah kesimpulan yang tepat kerana pemeriksaan serta maklumat lanjut adlah diperlukan. Selain iti, sebilangan besar kesan sampingan tidak memerlukan rawatan dan akan hilang setelah tubuh anda menyesuaikan diri dengan ubat tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masala ini berlarutan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.