
Sulit
5 tahun
Tidak dapat bertahan lama
Sy lelaki 20an.
Mengalami masalah tidak dapat bertahan lama.
Adakah perubatan yg sesuai dengan sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak bertahan lama juga dikenali sebagai ejakulasi pramatang yang mana keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety , hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder , kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan lain dapat diatasi dengan baik tanpa perlu mengambil ubatan tambahan. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.