Sulit
3 tahun
Tidak datang bulan walaupun sudah sebulan setengah
saya berumur 16 , alat sulit saya kerap pedih dah gatal , ari ari saya kerap rasa sakit seperti mahu senggugut dan datang bulan namun tidak ada apa apa darah yang keluar setelah seminggu dalam keadaan macam itu
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda lewat selama sebulan setengah dan alat sulit anda kerap pedih dan gatal.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Persoalan anda tentang alat sulit yang pedih dan gatal pula mungkin kerana jangkitan bakteria atau virus pada alat sulit itu. Maklumat tentang kesihatan seksual anda diperlukan juga kerana kami tidak boleh membuat apa apa rumusan berdasarkan maklumat yang terhad.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!