
Sulit
4 tahun
Tidak period makan yasmin
Selamat malam doctor…saya pengguna pil yasmin sejak setahun, tetapi bulan ini masih belum period, sy ada buat prenancy test selama 2 kali…jarak seminggu setiap 1 …tetapi negatif…perlu ke saya tukar pil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancangan boleh menyebabkan anda mengalami haid lewat. Namun begitu terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!