nurulajied
5 tahun
Tidak period selepas injection
Saya nurul,berumur 27 tahun,saya sudah 7bulan berhnti mengambil injection (family planning)… Tapi maseh belum period…sekarang saya mula alami sesak nafas,kekadang jantung berasa debar2,sakit2 pinggng… Adakah itu kesan sampingan setelah behnti dri injection? Dan berapa lama nak datang haid semula slepas penggunaan injection? Harap doctor dapat menjawab soalan sye,terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada keluhan lain seperti sesak nafas, berdebar dan sakit pinggang, harus diketahui bahawa ia bukan merupakan kesan pemberhentian suntikan. Justeru, anda juga boleh merujuk ke doktor mengenai keluhan-keluhan anda ini.
Untuk info lanjut dan diagnosis pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.

























