Sulit
6 tahun
Tidak selesa di dada kanan
Sy berumur 25, lelaki, tak merokok. Sebulan lepas saya mengalami resdung dan keesokkannya sy dapati dada belah kanan sy sakit bila sy bernafas dlm tetapi tidak mengganggu batas pergerakan sy… sakit semakin reda dari sehari ke sehari, 4 hari kemudian sy pergi ke klinik kesihatan dan doc mengatakan mungkin muscle sakit sahaja ujian ecg pun doc sahkan baik sahaja… namun sudah sebulan berlalu (dada belah kanan agak sedikit di tengah) sy masih terasa tidak selesa bila sy membuka dada dgn luas… sy beri anggaran 2/10 kadar kesakitan itu lebih kurang… jantung sy juga berdegup dgn kuat bila terkejut hingga dpt rasa degupan itu. Adakah sakit apa sy alami? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada, sesak nafas, disertai beberapa gejala diatas boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anemia - kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk mengetahui punca sakit dada anda ini, siasatan rapi adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































