
Sulit
4 tahun
Trying to conceive - soalan kesuburan
Hi Doctor, Good Day.
Saya wanita berumur, 25 tahun dan sudah berkahwin ingin mempunyai anak.
Boleh saya nak tanya adakah normal kalau period seperti di bawah bagi wanita yang cuba untuk mempunyai anak:
Start : 19/10/2020 End: 26/10/2020
Start : 14/11/2020 - Present
Mohon penjelasan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid.
Untuk makluman anda, merancang kehamilan bukan terletak pada kitaran haid semata mata, terdapat banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira dalam merancang kehamilan.
Melihat kepada kitaran haid anda, terdapat sedikit kitaran yang tidak teratur dan berlebihan, ini mungkin disebabkan oleh :
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Masalah haid tidak teratur ini boleh menjadi punca kepada masalah kesukaran hamil ataupun sebaliknya.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini mengenai tips dan cara untuk mudah hamil yang merangkumi kiraan waktu subur dan melakukan hubungan intim bersama suami ketika subur, melakukan hubungan intim bersama suami sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan pelbagai cara lain.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.