
Sulit
4 tahun
Unstable Blood pressure
Hi doctor saya ada masalah bp yg x stabil… Kadang bacaan normal kdg border dan kdg tggi… Saya sering sakit seluruh tubuh sendi2… Sebelum ni sy kerap sakit dada dan kepala sebelah kanan tapi skrg da kurang sedikit… Apa masalah sebenar saya?? Terim kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai tekanan darah yang tidak stabil dan gejala sakit kepala, sakit sendi dan sakit dada yang anda alami. Simptom-simptom yang dialami ini boleh berkait dengan antara satu sama lain.
Bagi pendapat kami, masalah yang mungkin anda hadapi yang selari dengan keterangan anda ialah:
- Masalah penyakit jantung
- Masalah penyakit salur darah seperti Peripheral Vascular Disease
- Arthritis atau penyakit keradangan lain yang boleh menggangu aliran darah
- Penyakit yang menganggu kepekatan darah seperti Diabetes
- Masalah endokrin seperti Cushing’s Syndrome
Untuk makluman anda, jawapan diberi hanyalah jawapan am yang diberi mengenai masalah anda. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi menjalankan ujian kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kondisi yang dialami. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.