
Sulit
4 tahun
Urat tangan membengkak
saya wanita 23tahun . semenjak sebulan lalu tangan kanan berasa sakit pada bahagian pergelangan tangan. selepas sebulan ,urat pada tangan timbul dan membengkak. ibu jari sakit dan susah untuk melakukan pekerjaan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan tangan anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Masalah saraf
- Carpal tunnel syndrome: Saraf terhimpit di laluannya
- Kecederaan di pergelangan tangan disebabkan jatuh atau sebab lain
Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan segera lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai gejala berikut:
- Pergerakan tangan atau jari terbatas
- Kebas
- Kurang deria rasa atau tekanan pada bahagian tersebut
- Tangan anda semakin sakit dan parah
Masih risau dengan sakit tangan anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi bersama dengan doktor kami. Terima kasih.