Sulit
3 tahun
Vagina berbau hanyir dan kurang menyenangkan
Saya wanita yg dh berkawin dn punya 5 anak… Selepas saya melahirkan ank bungsu saya saya telah menggunakan kaedah IUCD. Tp hingga sekarang saya masih tidak menukarkan nya sejak umur anak saya 6bulan…adakab itu punca vagina saya berbau
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala vagina berbau ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan dalam rahim - penggunaan IUCD adalah salah satu risikonya
- Bau darah bercampur lendiran faraj
- Bau dari IUCD atau kondom
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, kesukaran membuang air kecil dan demam, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































