
Sulit
3 tahun
Wrist, fingers joint pain
hampir 2 minggu sendi2 jari sakit. dan suddenly jari kelingking kerap bengkok.
sebelum ini, sy juga alami wrist pain.
adakah saya mempunyai simptom carpal tunnel atau rheumatoid arthritis.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Artritis:
- Rheumatoid arthritis
- Osteoarthritis
- Septic arthritis
- Trigger finger
- Kecederaan kepada pergelangan tangan dan jari
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah anda berdasarkan soalan sahaja kerana maklumat lanjut perlu diketahui dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mendapatkan diagnosis. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.