Tonsil

Diagnosis Radang Tonsil (Tonsilitis)

Baca Soalan

Bila untuk berjumpa dengan doktor?

  • Anak anda mempunyai gejala-gejala tonsillitis

  • Anak anda mengalami masalah sukar bernafas pada waktu malam atau mengalami episod apnea tidur, di mana kanak-kanak berhenti bernafas untuk tempoh yang singkat semasa tidur. Gejala-gejala ini mungkin disebabkan oleh radang tonsil.

  • Anak anda diserang tonsillitis secara berulang.

  • Anak anda tidak memberi tindak balas positif terhadap antibiotik, demam atau sakit, serta bintik putih pada tonsil. Ini mungkin disebabkan mononucleosis atau jangkitan lain.

  • Tidak dapat minum atau menelan atau mengalami kesukaran bernafas

Cara diagnosis

Pemeriksaan fizikal

Doktor akan bermula dengan pemeriksaann fizikal seperti:

  • Menggunakan lampu suluh untuk melihat kerongkong,telinga dan hidung yang mungkin merupakan tapak jangkitan

  • Memeriksa ruam yang dikenali sebagai scarlatina. Ruam ini dikaitkan dengan beberapa kes jangkitan strep

  • Pemeriksaan leher untuk memeriksa kelenjar yang bengkak (kelenjar limfa)

  • Mendengar dan memeriksa pernafasan dengan stetoskop

  • Memeriksa pembesaran limpa jika mengesyaki mononucleosis, yang juga menyebabkan radang tonsil

Tanda-tanda pada kerongkong seperti yang berikut:

  • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang

  • Tonsil - merah dan bengkak dengan nanah di permukaan kripta atau selaput putih di permukaan

  • Tonsil membengkak dan bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong

  • Bengkak di anak tekak dan lelangit

  • Kelenjar limfa di leher membesar dan menyebabkan kesakitan

  • Demam panas sekitar 38-40 °C

Ujian untuk membuat diagnosis

  1. Sampel tekak

  • Dengan ujian mudah ini, doktor mengesat secara steril pada belakang kerongkong anak anda untuk mendapatkan sampel

  • Sampel akan diperiksa di klinik atau makmal untuk bakteria streptokokus

  • Sekiranya ujian dalam klinik positif, maka anak anda telah dijangkiti bakteria

  • Jika ujian kembali negatif, maka anak anda mungkin dijangkiti virus

  1. Ujian darah

  • Selalunya dilakukan sekiranya sampel tekak memberi keputusan negatif.

  • Untuk menentukan punca tonsilitis akut

  • Sel darah putih pada kadar yang tinggi jika terdapat jangkitan

Tahap KeradanganTonsil

  • Keradangan tonsil boleh dikategorikan kepada tiga tahap yang ditentukan melalui pemeriksaan tekak:
    • Tahap 0: Tonsil tidak kelihatan diluar pilar tonsil / tonsil telah dikeluarkan melalui pembedahan
    • Tahap 1: Tonsil menutup 25% dari orofarynks
    • Tahap 2: Tonsil menutup kurang dari 50% tetapi lebih dari 25% orofarynks
    • Tahap 3: Tonsil menutup kurang dari 75% tetapi lebih dari 25% orofarynks
    • Tahap 4: Kedua-dua tonsil bertemu ditengah orofarynks
  • Tahap radang tonsil perlu ditentukan kerana rawatan adalah berdasarkan tahap radang tonsil dan komplikasi yang dialami.

Written by: Dr Sri Viknarajan

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy