Tonsil

Apakah Rawatan Dan Cara Melegakan Radang Tonsil (Tonsilitis)

Baca Soalan

  • Tonsils merupakan dua noda limfa yang berbentuk bujur, terletak di belakang tekak anda. Mereka berfungsi melawan jangkitan pada tubuh badan anda. Apabila limfa noda dijangkiti, ia dipanggil sebagai tonsillitis.
  • Tonsillitis boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Virus merupakan penyebab tonsillitis yang paling lazim, diikuti oleh bakteria.
  • Tonsillitis adalah kondisi berjangkit dan boleh merebak apabila kanak-kanak bermain antara satu sama lain dalam jarak dekat.
  • Tonsillitis terbahagi kepada beberapa jenis dan mempunyai beberapa penyebab seperti jangkitan virus atau bakteria. Oleh itu, faktor-faktor ini adalah penting dan mempengaruhi rawatan anda.

Bengkak tonsils dan rawatan :

  • Rawatan tonsil tanpa pembedahan
    • Kebanyakkan rawatan tonsillitis hanya memerlukan rawatan sokongan untuk mengurangkan kesakitan serta melegakan tekak anda. Kebanyakkan tonsillitis disebabkan oleh virus dan tidak memerlukan antibiotik.
    • Ubat antibiotik hanya diberikan kepada tonsillitis yang disebabkan bakteria sahaja. Oleh itu, anda tidak digalakkan membeli ubat tonsil bengkak di farmasi sebelum mendapatkan diagnosis daripada doktor anda.
    • Pesakit tonsillitis digalakkan membuat rawatan di rumah untuk menggalakkan pemulihan dan mendapatkan rehat yang mencukupi.  
    • Semasa di rumah, anda boleh menggunakan strategi tertentu seperti :
      • Mendapat tidur yang mencukupi

      • Minum air yang mencukupi

      • Makan makanan yang senang ditelan seperti bubur, sup ataupun air madu dengan lemon

      • Mengngambil lozenges

      • Kurangkan kesakitan dan demam dengan ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun NSAIDs. Demam (kurang daripada 38 degree celcius) tanpa kesakitan tidak memerlukan ubat tahan sakit.

    • Sekiranya anda memerlukan antibiotik, sila makan ubat antibiotik bagi jangka masa yang ditentukan tanpa berhenti secara tiba-tiba sekiranya simptom sudah beransur pulih.
    • Sekiranya tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan, ini akan menyebabkan masalah buah pinggang ataupun demam reumatik yang disebabkan oleh jangkitan tertentu.  
  • Rawatan tonsil dengan pembedahan :

    • Rawatan pembedahan terpaksa dilakukan kepada mereka yang mengalami:
      • tonsillitis yang berpanjangan

      • tonsillitis yang sering berlaku

      • tonsillitis bakteria yang tidak disembuh dengan antibiotik.

    • Sekiranya anda menghidapi tonsillitis dan komplikasi yang susah untuk dirawat, anda mungkin memerlukan pembedahan, contohnya :
      • Apnea tidur obstruktif

      • Kesukaran bernafas

      • Kesukaran menelan

      • Nanah yang tidak bertambah baik dengan rawatan antibiotik

  • Sekiranya anda ataupun anak mempunyai simptom seakan tonsillitis, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?