Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah lebih elok jika saya hisap?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 20, 2019 12:51 AM

daud 20 bulan

Adakah lebih elok jika saya hisap vape drpd batang rokok?

Dr Sri Viknarajan 20 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Penggunaan rokok elektronik atau vaping merupakan salah satu cara yang popular dalam kalangan perokok untuk menggantikan rokok tembakau.

Kajian daripada pakar-pakar di WHO telah mengesahkan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah kurang berbahaya berbanding dengan rokok tembakau kerana ia mengandungi bahan kimia berbahaya yang lebih kurang.

Namun demikian, kajian daripada pakar-pakar perubatan juga telah menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektronik boleh mendatangkan pelbagai jenis kesan sampingan kepada kesihatan anda.

Rokok elektronik mengandungi nikotin dan beberapa jenis bahan kimia dan lain dan bahan-bahan ini telah dikaitkan dengan gejala-gejala seperti:

  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Kesusahan bernafas
  • Debaran jantung kencang
  • Tekanan darah tinggi
  • Loya
  • Muntah
  • Pening
  • Masalah penglihatan
  • Ketagihan

Di samping itu, penggunaan rokok elektronik untuk jangka masa yang lama juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit seperti:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit paru-paru
  • Barah

Selain itu, kualiti rokok elektronik tersebut adalah kurang memuaskan, komplikasi seperti letupan atau kebakaran yang berpunca daripada rokok elektronik yang rosak boleh berlaku.

Dikemaskini pada: Wed Feb 20 2019 00:51:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ilias Yee 20 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, vaping adalah lebih selamat berbanding merokok.

Vape mempunyai kandungan nikotin yang rendah berbanding dengan rokok dan ini menyebabkan kesihatan perokok vape bertambah baik selepas beralih kepada alat tersebut.

Kandungan nikotin yang rendah dalam vape boleh menyebabkan selera makan perokok bertambah dan ketagihan berkurangan. Rokok biasa (tembakau) selalunya mengandungi dua kandungan yang penting iaitu nikotin dan tar.

Tar adalah penyebab kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung manakala nikotin menyebabkan ketagihan. Vape tidak mengandungi tar.

Dikemaskini pada: Thu Feb 21 2019 07:53:07 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang cara berhenti merokok secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Anonymous
Bahaya nanostix kepada bayi Salam doc… Sy ade bayi berusia 2 bulan. Husband sy selalu hisap nanostix didalam bilik kami bersama anak. Apakah bahaya kepada anak sy? Adakah effect nanostix ini sama seperti rokok? Baca lagi...
16 bulan
khair
Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser paru-paru meskipun sy rokok lebih 10 tahun? Apakah cutoff utk dapat paru-paru normal? Baca lagi...
20 bulan
firdauschew
Pakcik saya ni memang liat kalau suruh makan ubat Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya bagi pihak pakcik saya, dia seorang perokok tegar, dan ada masalah kolesterol, darah tinggi dan kencing manis jugak. Dia tak boleh nak berhenti merokok, tap… Baca lagi...
15 bulan
kalaimani
Isteri saya selalu bising kalau hisap rokok Saya lelaki 30 tahun, isteri saya selalu bising kalau hisap rokok boleh kena sakit darah tinggi, kolesterol, kencing manis. Bukan tu sebab makanan ke, apa kaitan dengan rokok? Baca lagi...
15 bulan
Sulit
Tangan dan kaki kiri kebas selepas berhenti merokok Selamat malam doktor…saya terasa kebas tangan dan kaki kiri selepas berhenti merokok…bila berdiri terasa hendak pitam…adakah itu normal selepas berhenti merokok secara mengeju Baca lagi...
5 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!