Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah pil perancang boleh menyebabkan kanser? Bagaimana cara untuk saya mengira hari waktu kesuburan memandangkan saya ingin berhenti dari mengambil pil perancang. Mohon doktor jelaskan.terima kasih

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Ogos 10, 2020 7:01 AM

Sulit 46 hari

Saya ingin tahu, adakah pil perancang keluarga boleh menyebabkan kanser atau masalah kesihatan yang lain. Saya berusia 27 tahun dan mempunyai 2 orang anak. Saya ada mengambil pil perancang selama 2 tahun. Saya baru sahaja habis period, dan bercadang untuk berhenti mengambil pil. Saya ingin merancang sendiri. Bagaimana cara untuk saya merancang dengan selamat untuk mengelakkan kehamilan dalam masa terdekat kerana anak saya baru berusia 2 tahun. Bagaimana juga untuk mengira waktu kesuburan? Terima kasih.

Dr Ramzdhan 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju

Berdasarkan penjelasan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai risiko pengambilan pill perancang pada jangka masa yang lama. Untuk makluman anda, pengambilan pill perancang mempunyai manfaat serta keburukan dari segi kesihatan badan secara kesuluruhan dan ia bergantung kepada jenis pill perancang yang diambil.

Antara keburukan atau risiko-risiko yang bakal dihadapi jika mengambil pill perancang pada jangka masa lama ialah:

  • Pembekuan darah di salur darah bahagian kaki (deep vein thrombosis)
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Migrain
  • Penyakit jantung (lebih berisiko kepada wanita yang merokok)
  • Kanser servik. (Pill perancang mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari)

Untuk makluman puan, kami mencadangkan beberapa kaedah untuk merancang kehamilan anda dengan lebih selamat seperti:

  • Mengelakkan persetubuhan ketika beberapa sehari sebelum ataupun ketika waktu subur
  • Menggunakan kaedah kontraseptif yang lain seperti condom, IUD dan juga diafragma serviks.
  • Menggunakan ‘pull-out’ method

Waktu yang paling subur bagi wanita secara umum terletak pada hari ke-14 selepas kitaran haid yang lepas. Untuk mengelakkan kehamilan, anda disarankan untuk tidak bersetubuh 4-5 hari sebelum waktu kemuncak kesuburan wanita.

Jika anda mempunya pertanyaan lain, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Aug 10 2020 07:01:03 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Miss v gatal gatal selepas habis haid saya berumur 21 tahun dan saya mempunyai masalah miss v gatal gatal selepas tamat haid. saya juga perasan ada benjolan kecil pada pada dinding miss v, ia juga mengeluarkan keputihan likat. ia ak… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Kanser pangkal rahim tahap 4 Hi Assalamualaikum, saya nak tanya, ubat “keladi tikus” sesuai tak untuk orang yang ada kanser pangkal rahim tahap… Tapi kanser tuu sudah mengeras n tertutup dan merebak ke buah pinggang. Kemung… Baca lagi...
42 hari
Sulit
Pengguguran tidak stabil Hello, saya sudah mengandung 8mnggu 6 hari. Pada minggu ke 7 saya telah makan 6 biji ubat untk gugur. Tetapi janin belum turun. Saya sudh scan bayi msih ada, jantung masih bergerak. Kemarin say… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Sakit di bawah perut / di tempat rahim Saya selalu sakit di bawah perut / tempat rahim tu.adakah tu salah satu sebab peranakan jatuh. Saya takut. Baca lagi...
29 hari
Sulit
Masalah perempuan - period Hi. Hari ini merupakan hari ketiga saya period dan saya perasan yang darah yanh keluar tidak seperti period yang lepas. Darah yg keluar pada period kali ini hanya lendir seperti keputihan yg ber… Baca lagi...
24 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15