
Sulit
4 tahun
Berkemungkinan mengalami CTS
Sy wanita umur 25 thun. Berkemungkinan mengalami CTS. Maaf soaln sy ini mungkin agk lari topik, bolehkah sy ingin thu kebiasaannya brpakah byrn utk pmbedhn CTS?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk menjawab pertanyaan anda, secara umum, bayaran untuk pembedahan bagi masalah Carpal Tunnel Syndrome adalah bergantung kepada jenis hospital, jenis ubat bius yang digunakan serta status kesihatan anda (samada memerlukan penanganan khusus atau tidak). Pemeriksaan menyeluruh juga diperlukan sebelum keputusan pembedahan dianjurkan oleh doktor anda. Sebaiknya, anda merujuk kepada pakar berkenaan hal ini. Sila klik pada link di sini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih