Sulit
2 tahun
Bintik bintik merah di kaki
Saya berusia 20an dan seorang wanita,saya ingin bertanya tentang kaki saya. Setiap bulan kaki saya akan tumbuh bintik2 merah dan tidak ada rasa sakit hnya ada gatal sedikit2. Adakan bintik2 merah tersebut ada berkaitan dengan saluran darah saya atau saya ada penyakit lain… mohon balasa, terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Urticaria / allergy
- Ptyriasis alba
- Akibat alahan terhadap makanan
- Folikulitis
- Eksema
- Vaskulitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.