Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Cara nak berhenti rokok

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 14, 2019 2:08 AM

garry 17 bulan

Sy penghisap rokok tegar sudah 40 thn nak azam baru berhenti merokok. Adakah apa-apa cara nak berhenti rokok?

Dr Sri Viknarajan 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Jika anda telah membuat keputusan untuk berhenti merokok, anda digalakkan untuk menghadirkan diri ke klinik berhenti merokok yang terdapat di klinik kesihatan. Doktor yang bertugas di klinik berhenti merokok akan membantu anda menetapkan objektif serta tarikh bagi anda untuk berhenti merokok sepenuhnya.

Selepas anda disahkan menyertai program berhenti merokok, pelbagai jenis kaedah boleh digunakan untuk membantu anda berhenti merokok. Salah satu kaedah yang popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.

Melalui rawatan ini, gula getah, pelekat atau semburan yang mengandungi nikotin akan digunakan untuk melegakan ketagihan kepada rokok dan membantu menghindarkan penggunaan rokok tembakau.

Ubat-ubatan seperti varenicline atau bupropion juga boleh digabungkan dengan rawatan penggantian nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada rokok tembakau. Bagi pesakit yang mengalami tekanan emosi atau stres semasa percubaan mereka untuk berhenti merokok, rujukan kepada pakar psikologi atau kaunselor akan diberikan.

Kaunselor dan pakar psikologi akan membantu pesakit mengenal pasti halangan-halangan mental dan mereka akan membina keyakinan dan keupayaan pesakit untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

Dikemaskini pada: Thu Feb 14 2019 02:08:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ramzdhan 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin akan keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, vaping adalah lebih selamat berbanding merokok. Ramai yang memilih vape sebagai alternatif.

Vape mempunyai kandungan nikotin yang rendah berbanding dengan rokok dan ini menyebabkan kesihatan perokok vape bertambah baik selepas beralih kepada alat tersebut. Kandungan nikotin yang rendah dalam vape boleh menyebabkan selera makan perokok bertambah dan ketagihan berkurangan.

Rokok biasa (tembakau) selalunya mengandungi dua kandungan yang penting iaitu nikotin dan tar. Tar adalah penyebab kepada:

  • Kanser paru-paru
  • Kanser buah pinggang
  • Sakit jantung

Nikotin pula menyebabkan ketagihan. Vape tidak mengandungi tar, hanya nikotin dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa. Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan dan boleh menghasilkan wap kering.

Walaupun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok tetapi kadar formaldehid jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.

Dikemaskini pada: Thu Feb 14 2019 03:34:58 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
garry
Cara nak berhenti rokok Sy penghisap rokok tegar sudah 40 thn nak azam baru berhenti merokok. Adakah apa-apa cara nak berhenti rokok? Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Apakah simptom berhenti rokok mengejut Selamat malam doktor…boleh saya apakah simptom untuk berhenti rokok secara mengejut.? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Berhenti merokok secara mengejut Selamat malam doktor…saya nak tanya…saya berhenti merokok secara mengejut…sudah 2 minggu saya berhenti merokok…semenjak saya berhenti merokok saya badan saya kerappanas dan badan saya menjadi le… Baca lagi...
2 bulan
kerul7667
Langkah setelah berhenti merokok Selamat malam dr. Saya seorang remaja lepasan SPM . Ramai manusia sudah sedia maklum yang merokok akan mengakibatkan peparu menjadi hitam walaubagaimanapun saya telah berhenti dari salah satu tabiat … Baca lagi...
6 bulan
khair
Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser paru-paru meskipun sy rokok lebih 10 tahun? Apakah cutoff utk dapat paru-paru normal? Baca lagi...
16 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi