Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Darah seminggu selepas haid

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 2:07 PM

Sulit 53 hari

Saya wanita berusia 24 tahun. Mengalami keguguran pada minggu ketujuh 2 bulan lalu. Haid kembali teratur tetapi selepas seminggu haid pada cycle kedua, berlaku pendarahan. Rasa sakit tidak selesa pada hari pertama sebelum keluar darah. Mengikut kiraan darah keluar pada hari ke 15 cycle. Darah tidak seperti darah haid, tetapi menyerupai darah semasa keguguran sebelum ini. Adakah ini juga merupakan kuguguran atau aftermath kesan selepas keguguran 2 bulan lalu?

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon

Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 14:07:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Haid selepas 18 hari haid sebelumnya berakhir dan darah kesat berwarna kecoklatan tidak berlendir Adakah normal jika saya didatangi haid selepas 18 hari is berakhir? Darah yang turun pula berwarna coklat dah tidak berlemdir (kesat). Saya wanita berumur 20 tahun. Baca lagi...
28 hari
Sulit
Ada bunyi di denyutan di pusat…Ada hamil Saya dah lama menanti setiap Kali gagal… skrg risau tetapi keluar coklat rasa macam mana period. Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Masih ada spotting selepas 5 hari habis period Saya dah period pada 30/4/20-5/5/20 dan start dari 30/4/30 juga sy ambil pil perancang.Tetapi semalam 10/5/20 sy dapati ada spotting warna coklat gelap pada panties,hari ni pun still ada.Adakah … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Keluar tanda coklat lama Saya wanita berumur 32 tahun. Selama ini period saya normal tetapi sejak kebelakangan ini, period saya tidak seperti biasa (selepas habis period selang sehari dua selepas itu keluar coklat semul… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Darah selepas masturbate Salam Dr. Saya perempuan umur 23 tahun. Sejujurnya saya kerap masturbate selepas sahaja habis period. Hampir setiap bulan sebaik sahaja habis period mesti saya akan masturbate. Namum saya perasa… Baca lagi...
28 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi