Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Gastrik dan pedih ulu hati selepas megambil vitamin c perisa oren. kerja yang agak meletihkan dan stress adakah boleh menyebabka gastrik

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 8, 2020 8:37 AM

Sulit 2 bulan

saya seorang wanita berusia 28 tahun. saya mengalami pedih ulu hati hingga berasa ke bahagian kerongkong. selain itu, ia juga meyebabkan jantung saya terkadang berdegup laju, kebas di tangan kiri. selepas makan, saya akan merasakan nyeri di bahagian dada sebelah kiri. pernah ke doktor, dan disahkan gastrik(terlebih asid) dan diberi tablet untuk kurangkan asid. adakah ini sakit gastrik yg terlalu teruk kerana sudah 4 hari saya consume ubat tersebut tp masih merasa nyeri. tp saya tidak mengalami kesukaran bernafas atau masalah tidur, cuma sedikit cepat letih. adakah possibility untuk sakit yang lain? terima kasih

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit gastrik yang tidak dapat dikawal dengan ubat gastrik boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Ulser perut- Stress ulser merupakan masalah yang lazim dalam golongan yang bekerja keras
  • Refluks asid- anda mempunyai simptom jantung berdegup laju dan sakit dada.
  • Radang pankreas

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 08 2020 08:37:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Muntah selepas bersahur adakah normal bg pesakit gastrik yg rsa nk muntah setiap kali slps sahur dan berbuka? sy juga sering sakit dada umur saya adalah 19 tahun Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Hasil baca saya dalam doctor on call Kembung Peru disebabkan gastric dan ketidakhadamabt Apakah ubat atau vitamin untuk mengubat kembung perut dan gastric angin ni doctor Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit gastrik yang lama dan mendapat rawatan berlainan klinik Doktor saya wanitaberumur 50 taun mengalami sakit gastrik. Dan saya telah pergi kilinik yg berlainan disebabkan ubat yg diberikan tiada perubahan saya masih sakit lagik. Boleh ke saya terus mak… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Gastrik, mual2, sakit dada, sukar bernafas dan menghidapi anxiety yang teruk Hi doktor! Sy telah menghadapi gastrik yang teruk pada buln puasa yang lepas. Sy ingin bertanya kepada doktor adakah mengambil oat untuk sarapan pagi baik untuk pesakit gastrik atau sebaliknya? Baca lagi...
39 hari
Sulit
Gastrikc seminggu semasa puasa sy lelaki berusia 35thn…seminggu lepas sy telah pening2 semasa saya berpuasa…lps itu saya pergi jumpa doktor…doktor telahh memberitahu saya kena gastrik…angin gastrik tu naik ke kepala…dah 2 har… Baca lagi...
54 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi