
Sulit
5 tahun
Gatal Dan bintik merah pada badan
Saysa lelaki berumur 26tahun dan badan saya berasa gigitan semut pada pada badan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang anda berikan tidak mecukupi. Terdapat banyak kemungkinan bagi masalah bintik merah. Antaranya:
- Cacar ( chicken pox )
- Heat rash
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Terutamanya bagi masalah kulit, pakar perubatan harus melihat snediri keadaan kulit anda untuk membuat diagnosis yang tepat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.