
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian dubur dan area faraj
Saya wanita dan berumur 22 tahun. Sejak 10 tahun yang lalu saya sering mengalami simptom-simptom buasir secara berperingkat. Mula, hujung saluran usus keluar dari dubur ketika duduk mencangkung. Kedua, saya merasa ada 1 biji bersaiz sebutir pasir melekat di usus bahagian dalam ketika saya memasukkan jari dengan minyak kelapa. Ketiga, saya mengalami berak berdarah, terutama ketika saya tertekan. Terakhir sekarang saya mengalami gatal-gatal di bahagian pinggir kemaluan dan usus luar. Selain itu terdapat lingkaran timbul di sekeliling kulit kawasan dubur luar. Saya telah makan ubat cacing albendazole zentel 2 tablet ,mengoles dubur dengan minyak essential, mandi air suam, merendam pangkal dubur dengan air panas. Namun, gatal tersebut masih belum reda . Apakah solusi terbaik untuk saya? Adakah klinik atau hospital mempunyai ubat untuk merawatnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap bagi menegakkan sebarang diagnosis. Secara umum, gatal pada lubang dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan cacing perut seperti cacing pita
- Gatal dubur akibat jangkitan kulit
- Gatal dubur akibat bulu dubur
- Penyakit usus seperti IBS ataupun IBD
- Akibat intoleransi laktose seperti susu
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.