Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Hendak berhenti merokok

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Disember 16, 2020 2:50 AM

Sulit 35 hari

Askum doktor… Apa perlu saya amalkan untuk saya berhenti dari merokok

Dr Ramzdhan 35 hari
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Jika anda telah membuat keputusan untuk berhenti merokok, anda digalakkan untuk menghadirkan diri ke klinik berhenti merokok yang terdapat di klinik kesihatan. Doktor yang bertugas di klinik berhenti merokok akan membantu anda menetapkan objektif serta tarikh bagi anda untuk berhenti merokok sepenuhnya.

Selepas anda disahkan menyertai program berhenti merokok, pelbagai jenis kaedah boleh digunakan untuk membantu anda berhenti merokok. Salah satu kaedah yang popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.

Melalui rawatan ini, gula getah, pelekat atau semburan yang mengandungi nikotin akan digunakan untuk melegakan ketagihan kepada rokok dan membantu menghindarkan penggunaan rokok tembakau.

Ubat-ubatan seperti varenicline atau bupropion juga boleh digabungkan dengan rawatan penggantian nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada rokok tembakau. Bagi pesakit yang mengalami tekanan emosi atau stres semasa percubaan mereka untuk berhenti merokok, rujukan kepada pakar psikologi atau kaunselor akan diberikan.

Kaunselor dan pakar psikologi akan membantu pesakit mengenal pasti halangan-halangan mental dan mereka akan membina keyakinan dan keupayaan pesakit untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Dikemaskini pada: Wed Dec 16 2020 02:50:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang cara berhenti merokok secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Pertanyaan tentang nikotin Doktor saya dah sebulan tak megambil nikotin saya tak merokok tapi vaping. Apa effect kalau saya ambil semula nikotin? Terima kasih saya lelaki 23 tahun Baca lagi...
8 bulan
Anonymous
Henti rokok Dan pening Ada ubat x secara klinkal utk henti rokok Baca lagi...
19 bulan
Sulit
Kesan Berhenti Merokok Apakah bahaya kepada kesihatan tahap kesihatan saya kerana telah berhenti merokok secara mengejut,saya berumur 30 tahun dan telah merokok dari umur 13 tahun,tapi sejak akhir ini saya telah berhe… Baca lagi...
9 bulan
ahmadlim
Saya takut sakit jantung Salam doktor, saya lelaki dah berumur. Saya akui saya memang hisap rokok. Susah sangat nk berhenti. Macam mana ya. Saya takut sakit jantung sebab sekarang macam selalu sakit dada dan sesak nafas. Baca lagi...
18 bulan
Sulit
Vape semasa proses pemulihan stroke ishemic calebral Salam doc Saya ishemic calebral stroke. Dulu sebelum stroke saya mmg seorang vapers. Dalam proses pemulihan ni… boleh ke saya vape semula Baca lagi...
9 bulan