Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Henti rokok Dan pening

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 17, 2019 3:39 PM

Anonymous 15 bulan

Ada ubat x secara klinkal utk henti rokok

Dr Ramzdhan 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Jika anda telah membuat keputusan untuk berhenti merokok, anda digalakkan untuk menghadirkan diri ke klinik berhenti merokok yang terdapat di klinik kesihatan. Doktor yang bertugas di klinik berhenti merokok akan membantu anda menetapkan objektif serta tarikh bagi anda untuk berhenti merokok sepenuhnya.

Selepas anda disahkan menyertai program berhenti merokok, pelbagai jenis kaedah boleh digunakan untuk membantu anda berhenti merokok. Salah satu kaedah yang popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.

Melalui rawatan ini, gula getah, pelekat atau semburan yang mengandungi nikotin akan digunakan untuk melegakan ketagihan kepada rokok dan membantu menghindarkan penggunaan rokok tembakau.

Ubat-ubatan seperti varenicline atau bupropion juga boleh digabungkan dengan rawatan penggantian nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada rokok tembakau. Bagi pesakit yang mengalami tekanan emosi atau stres semasa percubaan mereka untuk berhenti merokok, rujukan kepada pakar psikologi atau kaunselor akan diberikan.

Kaunselor dan pakar psikologi akan membantu pesakit mengenal pasti halangan-halangan mental dan mereka akan membina keyakinan dan keupayaan pesakit untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jun 17 2019 15:39:54 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang cara berhenti merokok secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Ubat yang sesuai Berhenti merokok Sudah 13 tahun saya merokok. Tak pernah dapat berhenti. Saya ingin mencari ubat yang boleh berhenti merokok. Blh doktor recommend ubat manakah sesuai untuk berhenti merokok? Tq Baca lagi...
57 hari
firdauschew
Pakcik saya ni memang liat kalau suruh makan ubat Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya bagi pihak pakcik saya, dia seorang perokok tegar, dan ada masalah kolesterol, darah tinggi dan kencing manis jugak. Dia tak boleh nak berhenti merokok, tap… Baca lagi...
14 bulan
kerul7667
Langkah setelah berhenti merokok Selamat malam dr. Saya seorang remaja lepasan SPM . Ramai manusia sudah sedia maklum yang merokok akan mengakibatkan peparu menjadi hitam walaubagaimanapun saya telah berhenti dari salah satu tabiat … Baca lagi...
9 bulan
Anonymous
Henti rokok Dan pening Ada ubat x secara klinkal utk henti rokok Baca lagi...
15 bulan
daud
Adakah lebih elok jika saya hisap? Adakah lebih elok jika saya hisap vape drpd batang rokok? Baca lagi...
19 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15