
Sulit
2 tahun
Jari kelingking bengkak
Saya ingin bertanya bagi pihak ibu saya. Dia berumur 50an. Jari kelingking dia bengkak dan sakit apabila dipicit. Sakit ni dah lama dia hadapi. Saya ingin tahu apakah sakit ibu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jari bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih