Sulit
11 hari
Berapa jenis demam denggi?
Hai doktor, saya ada soalan. Apa itu demam denggi? Ada berapa jenis demam denggi?
19 jam
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Demam denggi merupakan jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka terdedah kepada jangkitan lebih dari sekali seumur hidupnya.
Banyak negara di kawasan tropika selalunya mengalami masalah denggi.
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari. Demam denggi biasanya bermula dengan suhu badan yang tinggi, sekitar 40-41 Celcius diikuti dengan sakit sendi pada badan.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut mengenai demam denggi dan vaksinasi Qdenga, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih atas soalan yang diberikan, harap ia dapat menjawab pertanyaan anda.