
nurhayati.uitmt
4 tahun
Kaki kiri bengkak akibat terkehel
Kaki kiri saya bengkak akibat terkehel selepas main netball 2 minggu yang lepas. Pada awalnya, kaki sangat sakit. Rawatan telah diambil di klinik… Setelah 2 minggu, sakit sudah tiada tapi bengkak di kaki masih ada dengan rasa sengal sedikit. Adakah itu biasa untuk bengkak tu wujud walaupun selepas 2 minggu? Dan apakah ubat yang sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ia adalah normal untuk kaki anda masih bengkak walaupun selepas 2 minggu. Sekiranya ia berlanjutan lebih dari 3 bulan, anda harus merujuk perkara ini kepada doktor yang berdekatan. Anda cuma perlu melakukan fisioterapi untuk melancarkan darah di bahagian kaki anda. Sekiranya anda menghadapi simptom-simptom baharu seperti demam atau sakit yang lebih teruk di bahagian kaki, anda harus ke hospital dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.