
Sulit
4 tahun
Keluar darah berwarna coklat + merah pekat s
saya berumur 40thn dan ingin mempunyai cahaya mata lagi bg perkahwinan baru. last saya mengandung berumur 30thn dan mempunyai 4 cahaya mata bg berkahwinan dulu.perkahwinan yg baru pd thn 2016 dan cuba utk mengandung tp tidak berjaya dan sy berjumpa dgn Dr sakit puan dan sy buat rawatan hsg pada 6/3/2020. pada 17/4/2020 keluar darah berwarna coklat sehingga hari ini. keluar x banyak kadang2 kuar darah merah berwarna gelap. apa yang perlu saya lakukan? adakah itu period atau sy hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.