Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan berwarna kuning 3 hari selepas habis haid (haid 5-6 hari)

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 26, 2020 8:25 AM

Sulit 18 hari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya ada soalan. Saya datang haid 16/6 dan habis (tiada darah) 20/6.Tapi sehingga hari ini saya ada keputihan berwarna kuning berbau mild. Adakah ini sisa haid atau keputihan kronik?
Saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
No pain during intercourse
No irregular periods
No spotting brownish or pinkish
No irregular bleeding in between periods
I have anxiety and depression (mild) took Xanax last on March
Backpain and Sciatica on right side
BMI - Obese (currently on Intermittent Fasting.
Boleh suggest ubat di farmasi taken orally? Sbb saya tak selesa dengan penggunaan krim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 16 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan ini boleh jadi fisiologi (normal) atau penyakit. Keputihan normal kebiasaannya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).

Antara sebab lain yang boleh menyebabkan keputihan adalah:

  • Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj

  • Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans

  • Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis

  • Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea

  • Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis

  • HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)

  • Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex

Terdapat juga keputihan yang sering berlaku dalam tempoh 7 hari sebelum dan selepas haid. Keputihan yang dialami adalah kering dan melekit. Oleh itu, masalah keputihan yang anda alami berkemungkina normal dan tidak perlu dirisaukan sekiranya anda tidak mengalami gejala seperti:

  • Gatal pada bahagian sulit
  • Sakit ketika kencing
  • Lendir berubah warna atau berbau kurang menyenangkan
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Pendarahan di antara kitaran haid
  • Sakit perut

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, punca masalah anda haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sukar untuk pihak kami memberi nasihat mengenai rawatan hanya berdasarkan maklumat yang anda berikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Buat masa sekarang apa yang saya boleh sarankan untuk anda mengambil langkah seperti:

  • Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi

  • Kerap tukar pakaian dalam anda

  • Jaga kebersihan kelamin

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 26 2020 08:25:25 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Kelusr darah setaiap kali selepas bersama suami selamat pgi doctor . maaf mengganggu . saya ingin bertanya . saya wanita berusia 24 tahun baru sahaja kahwin 6bulan, dan pjj dengan suami . kitaran haid saya normal setiap bulan iaitu 28 hari ke… Baca lagi...
32 hari
Sulit
Keluar spotted darah seakan period setelah seminggu habis period Saya wanita berusia 28tahun dan belum berkahwin. Setelah seminggu habis period, saya akan keluar spotted darah seakan period berwarna coklat atau merah gelap seperti darah dari daerah intim teta… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Keputihan Kuning 3 Hari Habis Haid Assalamualaikum and Salam Sejahtera Saya ada kemus Baca lagi...
18 hari
Sulit
Keputihan berbau busuk dan masam Saya wanita berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Dah nk dekat seminggu saya mengalami masalah keputihan berbau (masam)selepas saya period baru2 ni. Sebelum ni tak pernah pulak jd mcm ni. Ada le… Baca lagi...
56 hari
Sulit
Keputihan yang sangat tidak selesa Saya berumur 27 tahun.Dan mempunyai anak 2 orang. Masalah saya selepas bersalin anak kedua yang kini berumur 3 tahun, saya mengalami keputihan yg sangat banyak… kadang saya xselesa sgt, saya cub… Baca lagi...
51 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi