Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan kepada senggugut kepada tidak period

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Ogos 7, 2020 3:55 AM

Sulit 54 hari

Saya wanita berusia 27 tahun & belum berkahwin . Lebih kurang setahun yg lepas saya mengalami keputihan dua minggu selepas period . Paling lama seminggu . Dari berwarna putih ke berwarna coklat & berbau (kadang) . Dari biasa, ke tebal . Kemudian, beberapa bulan selepas itu, jika lewat dtg period akan rasa senggugut yg kuat . Untuk hari pertama sahaja . Sekarang, period dah 2 bulan tak datang . Adakah perkara ini normal atau salah satu simptom penyakit lain ? Thanks .

Dr Sashini Seeni 54 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional

Gejala keputihan dan bau yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:

  • Keputihan fisiologi
  • Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
  • Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
  • Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia

Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar
    yang terlalu ketat.
  • Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda
  • Jaga kebersihan kelamin

Apabila keputihan berwarna coklat, ia boleh berpunca daripada:

  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
  • Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Kami juga mempunyai panel doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) yang arif tentang masalah berkaitan sistem reproduktif wanita yang boleh memberikan pendapatnya tentang keadaan anda. Aturkan temujanji atas talian dengan doktor pakar kami di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Aug 07 2020 03:55:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Lewat haid, perut kembung, balik2 makan dan kerap kencing Pada 8/08/20 saya datang haid selama 7 hari tetapi sedikit sahaja dan berwarna coklat, saya hanya menggunakan pantiliner sahaja sebab darah tidak keluar seperti saya datang haid selalu… Sekarang… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Period tak keluar Saya risau Dan Rasa tidak normal..merancang until mendapatankan zuriat Start 10/09/2020 makan Ravines sehari 4 biji … 2 pagi 2 Malam … beberapa Hari stop makan tapi period Saya Masih tidak keluar ?? Baca lagi...
8 hari
Sulit
Period lambat selepas menjalani VA (vacuum aspiration) sebulan yang lepas. Selesai VA scan, rahim sudah bersih Saya berumur 26 tahun. Saya baru sudah menjalani VA (Vacuum aspiration) sebulan yang lepas. normal ke lambat period selepas VA. Berapa lama normal lewat period selepas VA. Baca lagi...
18 hari
Sulit
Saya tidak datang haid dah masuk 14 hari missed priod Saya wanita berumur 21 thun , sebelum ni saya tiada masalah haid , pada bulan ini , saya missed period dah masuk 17 hari saya lambat period , bila check upt Negtif , apa yang perlu saya buat dok… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Haid berwarna hitam bercampur darah Hai saya umur 18 dah berkahwin dan mempunyai anak 1thn Soalan sya setelah 3 bulan tak merancang… Saya lewat haid 2 minggu setelah dlm masa dua minggu itu flek coklat slalu muncul dlm beberapa h… Baca lagi...
6 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15