
Sulit
4 tahun
Kerap sejuk dan mempunyai masalah bibir bergetar ketika berbual
Hai dr, Saya gadis berumur 21 tahun. Saya mempunyai masalah kaki dan tangan cepat sejuk walau dimana saja saya berada… btw kakak saya juga sama mcm saya cepat sejuk tetapi dia berbadan kecil manakala saya berbadan besar. Setahu saya jarang orang berbadan besar ni cepat sejuk… Dan saya juga mempunyai masalah bibir bergetar ketika berbual dan membuat presentation. Tetapi bibir saya cepat menggigil bila saya bercerita/berborak terlalu lama walaupun saya bukannya bercerita kisah seram, hanya berborak tentang pengalaman, memberi nasihat, presentation atau berborak kosong… Jadi disini saya inginkan penerangan lebih detail kepada masalah yang saya hadapi ini, Saya harap Dr dapat membantu. Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah
- Anaemia
- Masalah jantung
- Penyakit autoimun seperti SLE, Raynaud’s syndrome, CREST syndrome
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.