Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan Berhenti Merokok

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 23, 2020 5:03 AM

Sulit 3 bulan

Apakah bahaya kepada kesihatan tahap kesihatan saya kerana telah berhenti merokok secara mengejut,saya berumur 30 tahun dan telah merokok dari umur 13 tahun,tapi sejak akhir ini saya telah berhenti merokok,kesan yang saya dapati selama 25 hari ini seperti sakit pinggang,sumbat hidung,selera makan makin meningkat sampai hampir 5 kali makan sehari,tangan atau badan kadang kadang terasa kebas,terasa kahak melekat di dalam dada. Pernah cuba buat pengambilan pengantian nokotin melalui nokotin gum,tapi tidak berjaya sebab badan tak mampu terima. Adakah ini semua kerana kesan berhenti merokok secara mengejut dan adakah kesan ini bahaya untuk kesihatan saya? Boleh doktor tolong jelaskan apa yang saya boleh buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda berhenti merokok. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ia seperti kesan sampinga atau dipanggil withdrawal symptoms kerana anda berhenti merokok. Hal ini kerana badan anda kehilangan sesuatu yang sering mereka terima.

Sememangnya gejala yang anda alami adalah sangat tidak selesa, namun ianya tidak memberi kesan buruk malah memberi kesan yang lebih baik kerana merokok adalah sangat merbahaya kepada anda.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu anda boleh menghadiri klinik berhenti merokok di klinik kesihatan bagi mendapatkan bantuan supaya anda konsisten dalam usaha berhenti merokok ini.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Apr 23 2020 05:03:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Cara Berhenti Merokok dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
khair
Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser Adakah benar dr jika saya berhenti rokok, sy tidak akan dapat kanser paru-paru meskipun sy rokok lebih 10 tahun? Apakah cutoff utk dapat paru-paru normal? Baca lagi...
17 bulan
Sulit
Vape semasa proses pemulihan stroke ishemic calebral Salam doc Saya ishemic calebral stroke. Dulu sebelum stroke saya mmg seorang vapers. Dalam proses pemulihan ni… boleh ke saya vape semula Baca lagi...
4 bulan
5587hayabusa
Baru berhenti merokok Saya baru berhenti merokok sekitar 2minggu,tetapi dengan mengunakan pod vaping… Secara berperingkat Dr nikotin Mg tinggi hingga la 0%mg, tapi selama sy isap vape 0 mg ni Sy rasa kaki kanan saya sela… Baca lagi...
53 hari
garry
Cara nak berhenti rokok Sy penghisap rokok tegar sudah 40 thn nak azam baru berhenti merokok. Adakah apa-apa cara nak berhenti rokok? Baca lagi...
18 bulan
Anonymous
Rokok dengan vape,mane lagi bahaya Saya seorang perokok,tapi sekarang saya telah bertukar kepada vape dgn tujuan utk kurangkan rokok…diantara kedua² nya ini mane lagi baik vape atau rokok Baca lagi...
13 bulan
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >