Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Langkah setelah berhenti merokok

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Disember 16, 2019 1:15 PM

kerul7667 13 bulan

Selamat malam dr. Saya seorang remaja lepasan SPM . Ramai manusia sudah sedia maklum yang merokok akan mengakibatkan peparu menjadi hitam walaubagaimanapun saya telah berhenti dari salah satu tabiat buruk itu ( termasuk pod , vape) Apakah langkah seterusnya yang sepatutnya saya ambil untuk kembali sihat seperti sedia kala . Bagaimanakah seorang yang telah meninggalkan gejala itu untuk menyembuhkan semula peparunya

Dr Sashini Seeni 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, langkah-langkah yang membantu melawan keinginan merokok adalah seperti:

  • Menyibukkan diri dan melupakan keinginan diri untuk merokok
  • Melengah-lengahkan tindakan merokok seperti dengan memberitahu sendiri “sebentar lagi” atau “10 minit lagi”
  • Minum air kosong yang banyak dan mengelakkan minuman berkafein
  • Menjauhkan diri dari perokok-perokok lain
  • Menjauhkan diri dari tempat yang membenarkan tabiat merokok
  • Mengunyah gula kunyah atau buah-buahan untuk melegakan keinginan merokok
  • Meditasi dan memohon doa

Selepas perokok telah membina keinginan yang tinggi untuk berhenti merokok, doktor boleh mencadangkan beberapa kaedah untuk membantu berhenti merokok.

  1. Salah satu cara yang paling popular ialah nicotine replacement therapy atau rawatan penggantian nikotin.
  2. Perokok boleh menggunakan gula kunyah, lozenges, semburan atau pelekat yang mengandungi nikotin untuk mengurangkan ketagihan kepada kandungan nikotin di dalam rokok.
  3. Selain rawatan penggantian nikotin, ubat-ubatan lain seperti buproprion dan varenicline juga boleh digunakan untuk mengurangkan ketagihan dan menghindarkan penggunaan rokok

Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Dec 16 2019 13:15:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Am tentang cara berhenti merokok secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
kerul7667
Langkah setelah berhenti merokok Selamat malam dr. Saya seorang remaja lepasan SPM . Ramai manusia sudah sedia maklum yang merokok akan mengakibatkan peparu menjadi hitam walaubagaimanapun saya telah berhenti dari salah satu tabiat … Baca lagi...
13 bulan
Sulit
Tertelan Nicotine Gun secara tidak sengaja Saya tertelan 2mg nicotine gum secara tidak sengaja. Adakah ia berbahaya? Saya berasa sedikit mual pening dan mempunyai degup jantung yang tinggi sedikit. Apakah harus saya lakukan? Adakah ini s… Baca lagi...
4 hari
ahmadlim
Saya takut sakit jantung Salam doktor, saya lelaki dah berumur. Saya akui saya memang hisap rokok. Susah sangat nk berhenti. Macam mana ya. Saya takut sakit jantung sebab sekarang macam selalu sakit dada dan sesak nafas. Baca lagi...
18 bulan
5587hayabusa
Baru berhenti merokok Saya baru berhenti merokok sekitar 2minggu,tetapi dengan mengunakan pod vaping… Secara berperingkat Dr nikotin Mg tinggi hingga la 0%mg, tapi selama sy isap vape 0 mg ni Sy rasa kaki kanan saya sela… Baca lagi...
7 bulan
daud
Adakah lebih elok jika saya hisap? Adakah lebih elok jika saya hisap vape drpd batang rokok? Baca lagi...
23 bulan