johnwell1996
4 tahun
Luka di zakar dan cairan kuning
saya lelaki berumur 23 tahun,sudah berkahwin selama 1 tahun lebih. di sekitar belakang kepala penis saya mengalami luka yang pedih bila terkena air dan keluar cairan kuning yang bukan melalui lubang penis. apa kah masalah nya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat luka yang terinfeksi iaitu terkena jangkitan kuman
- Jangkitan saluran kencing juga dikenali sebagai kencing kotor
- Pembentukan smegma (kumpulan sel-sel mati dan kotoran) biasanya terbentuk pada zakar yang tidak disunatkan (tidak sirkumsisi)
Memandangkan keluar cairan kuning tersebut, amat dikhuatiri sekiranya terjadi jangkitan. Jangkitan harus diubati dengan ubat yang sesuai agar kuman dapat dibunuh dengan benar. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.