
Sulit
4 tahun
Rasa tidak selesa pada bahu Kiri dan tangan kiri (terutama di siku)
Hi, saya berumur 28 tahun, saya terasa tidak selesa pada siku kiri, kadang kadang terasa di bahu. Saya dah pergi buat ECG dan ambil darah untuk memastikan jantung saya tiada apa apa. Resultnya doktor kata jantung saya tiada apa apa. Jadi apa yang saya rasa kan ini ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- gangguan muskuolskeletal (i.e. sprained ankle )
- gangguan vaskular (i.e. peripheral arterial disease )
- gangguan rematik (i.e. rheumatoid arthritis )
- gangguan saraf (i.e. sensory nerve injury )
- dan lain-lain
Disampinhg itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / ketekalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.