
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian ari-ari sehingga punggung sebelah kiri yang teramat sehingga tidak boleh bergerak kerana akan mengalami kesakitan yg teramat. Kesakitannya seperti senggugut yang teruk
Saya wanita berusia 24 thn. Saya mengalami masalah kesakitan secara tiba2 di bahagian ari2 hingga ke punggung sebelah kiri. Rasa sakit tersebut membuatkan saya tidak boleh ber gerak krna akan menyebabkn kesakitan yg teramat shingga trpksa meringkuk scara perlahan. Kesakitan ini akan hilang hanya jika saya trkentut. Kebiasaanya berlarutan shingga 2 atau 3 jam. Boleh saya tahu mslh ini normal atau tdk?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bahagian ari-ari bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi atau kehamilan
- Kandungan ektopik
- Endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.