Sulit
3 tahun
Sakit belakang & jari tangan sentiasa kebas pada waktu malam dan menganggu tidur
Saya wanita berusia 20 an dan bekerja sebegai “beauty therapist” saya seorang pekerja yang terpaksa melalukan pelbagai kerja. Saya mengurut badan customer pelbagai type of massage, saya handle facial, hair services termasuk kerja2 cleaner saya terpaksa melalukan seorang diri dengan kudrat yang tidak seberapa. Saya melalukan ini setiap hari. Saya dapati saya ada masalah pada tulang belakang saya, 2 minggu saya menahan sakit sehinggu susah untuk saya menunduk dan berdiri lama. Saya dapati juga saya ada masalah tangan dan jari saya. Setiap malam jari dan tangan saya akan kebas dan tidak selesa. Ada kemungkinan saya akan mendapat “carpal tunner syndrome”? Saya perlu ke hospital dan rujuk kepada pakar mana untuk masalah saya?
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut (tulang belakang, tangan & jari jemari) pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
- faktor kerja yang melampaui batas kemampuan tubuh
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- gangguan reumatoid
- gangguan muskuloskeletal
- gangguan saraf
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat (sekiranya perlu) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Namun buat sementara waktu anda boleh cuba
- memastikan diri berada pada posisi yang betul & ergonomik apabila berkerja, duduk, baring & tidur
- melakukan senaman dan eksesai yang menguatkan otot-otot tulang belakang (planking, strecthing dll.)
- berehat seketika setelah lama berkerja atau berada pada posisi duduk
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / ketekalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.