
Sulit
4 tahun
Sakit dada seperti tersumbat didalam dada
Saya lelaki berumur 20 tahun masalah saya adalah selepas saya makan makanan berat seperti pasta dalam kuantiti banyak…lalu selepas selesai makan dada saya sakit seperti tersumbat sesuatu dan asyik keluarkan angin sahaja.otot dan badan pun terasa sakit…kenapa ye boleh jelaskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada seperti rasa tersumbat di dalam dada. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi boleh berpunca oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengenalpasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan yang lebih terperinci adalah diperlukan. Oleh itu, sekiranya masalah ini semakin mengganggu aktiviti harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi