
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian peha kanan
Saya berumur 39 tahun.,saya mengalami sakit dibahagian atas lutut (paha kanan) saya telah pergi ke hospital dan membuat x-ray.,setelah mendapatkan ubat dan rawatan.,saya masih merasa sakit dan sukar untuk berjalan.,apakah rawatan atau ubat yang sesuai untuk saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada otot, sendi atau tulang
- Masalah saraf
- Jangkitan pada bahagian yang disebutkan
- Kencing manis
- Peripheral artery diseases
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan masalah sebenar yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa doktor dengan segera kerana ia mengganggu aktiviti harian anda dan ia menyebabkan kesukaran anda untuk bergerak. Rawatan dan ubatan hanya akan diberikan selepas diagnosis diberikan untuk mengelakkan kesilapan dari segi rawatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.