
Sulit
3 tahun
Sakit kaki (gout Dan bengkak)
Dr sy nk tnya, ayah Saya mengalami sakit gout dah lama, asid dalam badan jugak tinggi. Sekarang kaki nya menjadi kecil, sakit Dan bengkak pada buku lali. Jadi apakah rawatan yang perlu ayah Saya ambil selain daripada ubat yang diberikan Oleh Dr di hospital.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gout yang bapa anda hadapi. Untuk makluman anda, selain ubat-ubatan daripada doktor, rawatan untuk masalah gout perlu dipraktikkan bersama dengan pemakanan yang seimbang. Pihak anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengelakkan makanan yang tinggi dengan mineral ‘purine’.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Perlukan khidmat nasihat doktor pakar? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.