
nissa4071
5 tahun
Sakit perut di bahagian rahim sebelah kiri
Saya berumur 20 tahun dan baru berkahwin pada 29 Jun 2019…seminggu yang lepas saya mengalami sakit perut di bahagian kiri yang teramat sehingga ke hari ini… Saya merasakan kemungkinan mengandung tetapi apabila saya check upt, keputusan adalah negatif… Apakah masalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.