
Sulit
4 tahun
Sakit tangan, bisa, mengeletar
Saya berumur 18 tahun, kedua dua tangan saya selalu leguh dan bisa kadang kala sakit sampai ke siku, saya start sakit tangan ni masa umur 16 tahun tapi time Tu tak kerap sangat sakit tapi bila dah 17 tahun sakit tu kerap datang kadang 2/3 hari baru hilang sakit nya dan selepas hilang sakit tangan saya akan lenguh bila pergi clinic kata tak de yang serious dan hanya bagi ubat krim sahaja. Saya nak tahu penyakit apa saya ada dan cara untuk mengubat nya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan lenguh boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Akibat saraf terjepit
- Cervical syndrome terkait saraf
- Muscle strain akibat pergerakan otot yang keras
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.