
sitinorfatihah20
4 tahun
Sakit tapak kaki sakit pada bahagian tumit dan tepi buku lali kaki
Saya wanita berumur 23 tahun, saya mempunyai tapak kaki jenis ‘flat foot’ atau rata. Tapak kaki saya sentiasa merasa sakit lebih - lebih lagi bila berjalan atau berdiri lama dan yang paling ketara sakit di bahagian tumit serta tepi buku lali kaki. Ada masa rasa sakit di bahagian tumit seperti dicucuk. Saya pergi ke kerja menaiki MRT dan LRT yang memang kebiasaaanya tidak dapat duduk dan terpaksa berdiri selama 45 minit pergi dan balik. Saya ada memakai tapak kasut yang khas yang mengurangkan kesakitkan tapi tumit saya masih terasa sakit seperti di cucuk. Setiap malam saya pasti akan meletakkan minyak angin untuk mengurangkan kesakitan tetapi bila bangun pagi pasti akan berjalan perlahan dahulu untuk mengurangkan kesakitan dan ada masa nya saya rasa tapak kaki saya terasa tebal. Bolehkah doctor membantu saya untuk mengurangkan kesakitan dan cara untuk saya mengetahui lebih lanjut mengenai kesakitan tapak kaki saya lebih-lebih lagi pada bahagian tumit dan tepi buku lali kaki. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit tumit bagi wanita (Heel Pain In Women) adalah satu keadaan yang selalu berlaku. Terdapat pelbagai punca sakit tumit dalam wanita. Antaranya ialah:
A) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang tumit) adalah sebab biasa bagi sakit tumit pada orang dewasa.
B) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan
C) Plantar fasciitis
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis.
F) Bursitis
Bursa adalah pelindung yang terduduk di antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan pembengkakan serta sakit segera di tumit.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Photo by Rune Enstad